Assalamualaikum,
Alhamdulillah
syukur kehadrat ilahi, kita masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan,
nikmat dapat tinggal lagi di negara yang
aman, nikmat kita masih lagi diberi peluang untuk melihat ciptaan Allah dan
bermacam-macam lagi,Namun teman-teman pernahkah anda terfikir seandainya tiada
seorang insan yang digelar IBu mampukah kita merasai nikmat-nikmat ini?,Pernahkah
kita terfikir betapa peritnya,,, sakitnya,,,Ibu berkorban dalam mengandungkan
kita.Berapa banyak air matanya mengalir keluar dalam menyabung nyawa untuk
melahirkan kita?. Tergiang-ngiang ditelinga saya sewaktu menaip post ini lagu
nyayian Tan Sri Piramly “Berkorban apa sahaja,Harta ataupun nyawa, itulah kasih
mesra, sejati dan mulia”.
Dialah
Ibu, dialah bapa, selepas abah meningal dunia, emak lah yang telah menganti kan
arwah abah dalam menyara kami sekeluarga.Seorang insan yang tabah, seorang
insan yang tak pernah kenal erti putus asa , Senyuman dibibirnya sentiasa
diukir ,namun sebagai anak sulong aq tau disebalik senyuman manisnya tersembunyi seribu kepenatan dan kesedihan . Insan
tabah ini,diberi nama Siti Nor Azah BInti Joki.Dialah pembakar semangat aq
untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu, kata-katanya yang sering diucapkan
pdaku, “abang kita takde harta,abang belajarlah betul-betul, sebab ilmu lah
harta kita”. Disaat sikap malas mulai merasuk diri ,kata-kata itulah yang
menaikan semangatku yang hilang. Pengorbanan yang Dia telah lakukan begitu
besar dan aku takkan biarkan ia berjuang berseorangan,Kepada emak “in shaa
Allah abang akan berusaha bersungguh –sungguh menuntut ilmu disini, abang nak
ubah nasib keluarga kita, dan berazam untuk mengekalkn dean list In shaa Allah,
seperti harapan emak doakan kejayaan abang kat sini” thankz for everything
because you are my everything ^_^.