Assalamualaikum,to all my fellow friends, sebelum kaki mengorak langkah sebelum lidah petah berbicara izinkan aq,memperknalkan diri agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan,"Bak kata orang tak kenal maka tak cinta sudah kenal tak tidur dibuatnya"Nama diberi Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Saleh.Kini melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Kampus Bintulu Sarawak.Post pertama ni aq nak citer serba sedikit tentang tempat study aq skrg Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang Ynag menyediakan asasi, sarjana dan kedoktoran manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma.Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia. Senarai fakuliti di Universiti Putra Malaysia:UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".
- Fakulti Pertanian
- Fakulti Perhutanan
- Fakulti Perubatan Veterinar
- Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Pengajian Pendidikan
- Fakulti Sains
- Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
- Fakulti Ekologi Manusia
- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
- Fakulti Rekabentuk dan Senibina
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
- Fakulti Pengajian Alam Sekitar
- Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB)
Inilah salah sebuah bilik kuliah tempat kami belajar.
Taman rekreasi air terjun
Bukan itu sahaja... haaa.. kat UPM bintulu Sarawak ni juga ada tempat rekreasi air terjun, ^_^,, Tempatnye sangat menyenangkan, dan sangat sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu dengan keindahan alam yang masih dikekalkan,
emm lagi satu pe yang besttnye kat sini, terdapat banyak haiwan ternakan, untuk pembelajaran yang lebih berkesan, gambaran pembeljaran lebih jelas apabila berhadapan dengan haiwan yang betul2 hidup, macamna dia makan, fisiologi kehidupan dia dan macam2 lagi.Berbnding dengan hanya gambaran teori dalam buku yang agak sukar dijelaskan . Contoh haiwan ternakan yang ada kat sini macam, lembu, ayam, rusa dan burung Unta.Macam2 lagi nak diceritakan dan dikongsi, tapi masa tak mengizinkan nampaknya,, jumpa lagi di coretan akan datang,, gerak dulu, assalamualaikum
No comments:
Post a Comment