Monday, 9 December 2013

Luahan Hati Kecil



Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, kita masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan, nikmat  dapat tinggal lagi di negara yang aman, nikmat kita masih lagi diberi peluang untuk melihat ciptaan Allah dan bermacam-macam lagi,Namun teman-teman pernahkah anda terfikir seandainya tiada seorang insan yang digelar IBu mampukah kita merasai nikmat-nikmat ini?,Pernahkah kita terfikir betapa peritnya,,, sakitnya,,,Ibu berkorban dalam mengandungkan kita.Berapa banyak air matanya mengalir keluar dalam menyabung nyawa untuk melahirkan kita?. Tergiang-ngiang ditelinga saya sewaktu menaip post ini lagu nyayian Tan Sri Piramly “Berkorban apa sahaja,Harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.
            Dialah Ibu, dialah bapa, selepas abah meningal dunia, emak lah yang telah menganti kan arwah abah dalam menyara kami sekeluarga.Seorang insan yang tabah, seorang insan yang tak pernah kenal erti putus asa , Senyuman dibibirnya sentiasa diukir ,namun sebagai anak sulong aq tau disebalik senyuman manisnya  tersembunyi seribu kepenatan dan kesedihan . Insan tabah ini,diberi nama Siti Nor Azah BInti Joki.Dialah pembakar semangat aq untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu, kata-katanya yang sering diucapkan pdaku, “abang kita takde harta,abang belajarlah betul-betul, sebab ilmu lah harta kita”. Disaat sikap malas mulai merasuk diri ,kata-kata itulah yang menaikan semangatku yang hilang. Pengorbanan yang Dia telah lakukan begitu besar dan aku takkan biarkan ia berjuang berseorangan,Kepada emak “in shaa Allah abang akan berusaha bersungguh –sungguh menuntut ilmu disini, abang nak ubah nasib keluarga kita, dan berazam untuk mengekalkn dean list In shaa Allah, seperti harapan emak doakan kejayaan abang kat sini” thankz for everything because you are my everything ^_^.


No comments:

Post a Comment