Wednesday, 5 March 2014

Rancangan Perniagaan Tanaman Tomato Fertigasi



Rancangan Perniagaan Tanaman Tomato Fertigasi
Tomato Sdn Bhd



Hak Milik          :      Muhammad Amirul Bin Ahmad
Muhammad Syahrul Naim Bin Salleh
Aiman Bin Abdul Halim




Pengenalan
Rancangan perniagaan tanaman tomato fertigasi

Fertigasi berasal dari perkataan ”fertilization”. Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi merujuk kepada tanaman tanpa menggunakan medium tanah.Namun hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja seperti tomato, cili merah, timun dan  terung sahaja yang sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan kaedah fertigasi ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu Bakteria. Sistem fertigasi memerlukan rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan(SPH). SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain itu ia untuk mengelakkan daripada terlarutnya baja di sebabkan terkena air hujan. “cocopeat” atau sabut kelapa sering digunakan sebagai medium menggantikan tanah. Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah.Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya.

Tamato pula ialah sejenis sayuran jenis buah yang menjadi makanan kepada manusia di serata dunia.Ia berasal dari Amerika Selatan dan penanamannya kini meluas ke negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum dari family Solanaceae.Tomato amat sesuai untuk tanaman sistem fertigasi.Tomato juga tanaman jangka pendek.





Latar Belakang Projek

Dari segi industri yang kami pilih di kawasan Sekinchan Selangor, kami memilih tanaman tomato secara fertigasi di Kampung Baru Parit 5. Projek ini berasaskan perkongsian tiga orang anak muda yang berjiwa besar iaitu Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Saleh, Muhammad Amirul Bin Ahmad, Aiman Bin Abdul Halim yang mana masing-masing baru berumur 19 tahun,  ilmu yang ditimba di Universiti Kampus Bintulu Sarawak diaplikasikan dalam melestarikan tanaman tomato fertigasi ini mendapat tempat di pasaran dan mampu mengeluarkan hasil yang berkualiti dan berkuantiti tinggi.Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa pertanian merupakan pekerjaan golongan bawahan namun persepsi ini sama sekali berbeza bagi kami kerana kebanyakan peladang atau petani merupakan usahawan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat di sesuatu negara.Pertanian juga adalah permulaan bagi sesebuah perniagaan.

Justeru, tanaman tomato fertigasi ini dapat menghasilkan buah tomato dengan lebih cepat. Maka, penjualan tomato secara segar dapat di bekalkan kepada penduduk setempat yang berdekatan.Permulaan perniagaan ini hanya mampu menghantar tomato di sekitar daerah Sabak Bernam untuk mendapatkan pelanggan tetap. Hasil titik peluh yang dikorbankan industri ini dapat mengembangkan sayapnya dan mengeksport tomato segar ini luar dari kawasan Sabak Bernam.


Rancangan Pentadbiran
PENGURUSAN PROJEK
Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluan infrastruktur kawasan perlu dibangunkan terlebih dahulu. Langkah yang pertama ialah:

v      Penyediaan Kawasan

·         Kerja-kerja awal melibatkan pembersihan kawasan dari tumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan dibersihkan.
·         Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman perlu diratakan terlebih dahulu.
·         Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabila hujan.
·         Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan mengelakkan kecurian.
·         Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan penyelenggaraan dan sebagainya.

v    Sumber Air dan Elektrik

·         Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam sistem fertigasi ini.

v    Stor Penyimpanan
Stor yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.
·         Teduhan tempat meletak tangki nutrient.
·         Stor simpanan baja fertigasi dan peralatan ladang.
·         Pusat pengumpulan hasil ladang.



Langkah yang kedua,untuk membina sistem fertigasi ialah

v    Rumah Pelindung Tanaman
Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :
BIL
KEPERLUAN
KETERANGAN
1
Besi G.I. ½ ”
Besi G.I ini mempunyai panjang 20 kaki untuk digunakan membentuk asas struktur. Besi ini juga digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman. Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki penjang dan ditebuk ditengah dengan skru untuk memegang struktur utama.
2
Besi G.I. 1”
Besi ini berfungsi sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi G.I 1/2  dan biasanya panjang adalah 4 kaki.
3
Klip PVC Hitam
Klip digunakan untuk memegang plastik lutsinar.
4
Klip Besi ½ ” (Long Hook)
Klip besi ini digunakan untuk memegang atau mengikat tiang besi
5
Plastik UV Lut Sinar
Plastik UV Lut Sinar ini digunakan sebagai bumbung pada struktur rumah pelindung tanaman.
6
Jaring Kalis Serangga
Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang disekeliling struktur pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak.













v    Sistem pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem pengairan ini adalah :

BIL
BAHAN
1
Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)
2
Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)
3
Paip Tertier (Microtubing 6mm)
4
Penitis (Pen Dripper 6mm)
5
Elbow PVC 1”
6
Socket Valve 1 ½ ”
7
Socket Valve 16mm
8
Ball Valve 1 ½ ”
9
Ball Valve 1”
10
Nripper / Adapter
11
Rubber Gromet Set 16mm
12
Tangki Nutrient 200/600 gelen
13
Pam Air 1.5 HP
14
Timer (Pemasa)
15
PH Meter
16
EC Meter
17
Penapis Air
















Langkah yang ketiga ialah:
Peringkat Sebelum Penanaman

v    Penyediaan biji benih
Biji benih yang tulen dan berkualiti digunakan dalam proses penyediaan biji benih tomato dimana biji benih mestilah bebas dari sebarang penyakit. Percambahan biji benih adalah tidak kurang 90 peratus, apabila tidak mencapai tahap tersebut biji benih perlu diganti dengan benih yang baru.

v    Semaian Anak Benih
Sekiranya dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50 peratus kejayaan.Dalam penyemaian anak benih, medium peat moss merupakan medium yang paling baik kerana dipercayai dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.Penggunaan tray semaian digunakan dalam menyemai anak benih tomato supaya anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan anak pokok.Tray semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak terlalu padat atau longgar.
Buatkan lubang dengan menggunakan jari telunjuk sedalam ½ cm dan biji benih tomato yang dirawat dengan racun kulat thiram dengan kadar 3g/100g biji benih dan  dimasukkan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug dan lubang-lubnag biji benih dikambus tidak terlalu padat. Siram biji benih dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah.
Tray semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan dan dibiarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari. Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan didedahkan tray semaian pada cahaya matahari di dalam takung pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap .
Anak-anak benih ini sedia diubah ke beg-beg tanaman setelah 15 – 25 hari. Masa menyulam anak pokok adalah dari 1 minggu selepas diubah kerana proses ini penting untuk mendapatkan keseragaman peringkat tumbesaran.



v    Membuat Larutan Stok
Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan.
Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan larutan ‘A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid boric, ammonium molibdat) dilabelkan dengan larutan ‘B’. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan seretak.Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang tidak larut.

v    Penyediaan Beg Tanaman
Ukuran polibeg yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar.Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan cocopeat dan disusun.Satu beg hanya untuk satu pokok. Cocopeat dibasahkan dahulu sebelum dimasukan ke dalam beg plastik untuk mengelakkan masalah kemata dan hidung. Sebanyak 3-4 lubang untuk keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri dan kanan beg.














Langkah yang keempat ialah:
v    Penanaman

Anak benih yang berumur 10-16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas beg yang berisi cocopeat. Pada peringkat ini, ketinggian pokok antara 10-12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.
Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan kedalam lubang yang dikorek pada beg tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi sturktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai mestilah cukup tinggi untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.
Pastikan sistem pengairan titis berfungsi dan penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memeastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.


v    Pembajaan
Fertigasi menggunakan baja khusus yang dikenali sebagai ‘Glasshause Grade”. Baja-baja yang digunakan mengandungi unsur-unsur atau nutrient miro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsure dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik. Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu:









·   Formulasi Larutan Wyne
SET A
SET B
1.                  Kalsium Nitrat
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Mono Kalium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Ferum EDTA
5.                  Mangan Sulfat
6.                  Kuprum Sulfat
7.                  Zink Sulfat
8.                  Asid Borik
9.                  Natrium Molibdat

·   Formulasi Larutan Copper
SET A
SET B
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Ferum EDTA
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Mono Kalium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Mangan Sulfat
5.                  Kuprum Sulfat
6.                  Zink Sulfat
7.                  Asid Borik
8.                  Natrium Molibdat

Formulasi baja tersebut kemudiannya dilarutkan mengikut kuantiti/kadar yang diperlukan oleh tanaman.
·         Kadar Baja Fertigasi Bagi Tanaman Tomato
Bagi bancuhan larutan 100 liter air:
Baja
Kadar (gram)
SET A
1.                  Kalsium Nitrat
2.                  Ferum EDTA

11,300
164
SET B
1.                  Kalium Nitrat
2.                  Mono Kalsium Fostat
3.                  Magnesium Sulfat
4.                  Mangan Sulfat
5.                  Kuprum Sulfat
6.                  Zink Sulfat
7.                  Asid Borik
8.                  Natrium Molibdat

11,100
1,750
5,640
15.4
0.78
2.2
30
0.18

v    Pengurusan Sistem Pengairan
Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengukur masa.Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman.
Tempoh penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi cocopeat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5-6 minit bagi setiap 2 jam pada siang hari adalah memandai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut.Pokok diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.
Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.Pemeriksaanpada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk.Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.
Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangkan masalah ini dan penapis mesti sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesannya.Untuk mengelakan kejadian penimbunan sisa garam galian, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.



v    Membuat Cantasan
·   Membuang tunas air
Membuang tunar air iaitu antaar batang pokok dengan tangkai perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah yang ditanam secara tanpa tanah. Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan untuk mendapatkan satu batang utama. Dengan mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata. Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawall mungkin, bahkan dari peringkat pembesaran dai tapak semaian.

·   Membuang daun tua
Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu membuat makanan.Daun-daun tua kebanyakannya berpenyakit.Pembuangan daun-daun tua biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.


v    Kawalan serangga perosak dan penyakit
·   Kawalan Serangga Perosak
Oleh kerana sistem projek sistem fertigasi ini menggunakan jarring kawalan serangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja dimana apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang tanaman makan kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran yang ditetapkan.

v    Penyelenggaraan Tanaman
Penyelanggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilakukan sepanjang masa proses penanaman tomato secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman.






Langkah yang terakhir ialah:

v     Penuaian
Kebiasaanya pokok-pokok tomato yang ditanam secara fertigasi akan mula dikutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80 hari setelah disemai. Buah –buahan tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah.Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah dengan tomato yang ditanam secara biasa di ladang.Memetik buah dilakukan dengan memegang tangkai buah pada garisan hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan mudah diasingkan dari ‘truss’nya. Buah-buah yang dipetik secara ini akan kelihatan lebih menarik. Semua hasil tanaman perlu dibuat pengredan dalam pengendalian tomato kerana jika dicampur adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya  turun.

Purata Target Hasil / Pokok
Jenis Tanaman
Target Hasil (kutipan)
Hasil / kg
Tomato
5 -6 Bulan
4 – 8 kg / pk
Cili
5 – 6 Bulan
2 – 4 kg / pk
Melon
55 – 60 hari
3 – 5 kg / pk
Timun Jepun
70 – 90 hari
10 – 15 kg / pk


v    Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buahan tomato yang telah dituai akan dikumpulkan di tempat pengumpulan sebelum dihantar ke rumah pembungkusan atau terus dipasarkan. Tiada sebarang proses dilakukan bagi mengubah buah tomato ke dalam bentuk produk yang lain. Ladang ini hanya akan membekalkan buahan tomato yang segar sahaja.







Rancangan Pemasaran

STRATEGI PEMASARAN
Penggunaan strategi campuran empat strategi pemasaran iaitu produk, harga, lokasi dan promosi dijadikan rujukan kepada pemasaran supaya aktiviti dan penjualan tomato berjalan dengan lancar.adalah Dalam strategi keluaran hasil, Aiman Abdul Halim, beliau mementingkan aspek kesegaran, kebersihan dan kualiti. Ini bertujuan untuk memberikan imej yang baik terhadap ladangnya dan untuk menarik orang ramai membeli hasil pengeluaran tomato tersebut. Khidmat penghantaran tomato kepada pelanggan yang hendak membeli juga disediakan.

v  Strategi Produk
a)            Pemilihan tomato untuk dituai

Pada peringkat ini, tomato yang hendak dituai akan dipilih dari segi kemasakkan dan saiz buah. Bagi buah tomato, kemasakan indeks ke-4 dipilih iaitu warna hijau akan dituai bagi pasaran jauh seperti pasaran Semenanjung Malaysia, Sarawak ataupun pasaran luar negara. Kematangan indeks ke-5 pula adalah untuk pasaran Sabah agar tomato tidak cepat buruk dan busuk.

b)            Penjenamaan dan Pembungkusan

·         Penjenamaan.
Cik Aiman  akan membuat jenama sendiri hasil dari komoditi yang dikeluarkannya. Jadi penduduk Teluk Intan atau pelanggan mengenali dengan lebih dekat lagi hasil keluaran ladangnya.






·         Pembungkusan
Cara pembungkusan tomato diubah dari menggunakan pembungkusan secara pukal kepada dalam bentuk yang lebih kecil. Contohnya menggunakkan bakul plastik, kotak kertas atau carton dalam kuantiti yang kecil yang mana mudah diuruskan dan diangkut yang dapat  untuk mengurangkan kerosakan buah bagi penghantaran tomato kepada industri awam. Disamping itu, plastik tersebut akan dilebelkan dengan logo, nama syarikat, nama produk, berat dan gred mengikut berat tomato. Peragaan produk untuk dihantar ke pasar-pasar menitikberatkan kebersihan buah, saiz buah dan varieti supaya buah tidak bercampur dengan varieti lain. Bagi pembelian dalam jumlah yang banyak, membungkus secara pukal menggunakan bakul yang sesuai agar buah tomato tidak cepat rosak.

v  Strategi Harga
Penentuan harga yang tealah dibuat adalah berdasarkan kos yang terlibat dalam pentadbiran, pemasaran, dan yang utama sekali dalam kos yang melibatkan operasi serta berdasarkan harga persaing. Harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan pengguna dan kuantiti tomato yang dikeluarkan dibuat.

v  Strategi Promosi

a)            Papan tanda nama premis perniagaan
b)            Kad Perniagaan
Dalam kad perniagaan disertakan maklumat-maklumat penting seperti nama pengurus, alamat pentadbiran, nombor telefon, nombor faks, email, dan logo syarikat.
c)            Mencari pelanggan sendiri atau jualan terus
Mencari pelanggan sendiri atau menjual terus sekiranya ada pelanggan yang ingin membeli.

v  Strategi Lokasi
Lokasi ladang fertigasi tomato ini adalah berdekatan dengan Bandar. Jadi kawasannya amat strategik untuk penghantaran ke Bandar kerana tidak memerlukan banyak kos minyak untuk sampai ke destinasi penghantaran.



Rancangan Operasi

Masa operasi ladang ini adalah seperti yang berikut, di mana hari bekerja adalah sepanjang minggu dari hari Isnin hingga Ahad.
Isnin hingga Ahad      : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 1.30 a.m – 5.00 p.m

Manakala masa operasi bagi pejabat kami pula adalah dari hari Isnin hingga hari Sabtu dengan pengecualian untuk hari Jumaat dan Sabtu, masa bekerjanya hanyalah separuh hari. Pejabat tidak akan beroperasi pada hari Ahad.
Isnin hingga Khamis   : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 1.30 a.m – 5.00 p.m
Jumaat dan Sabtu        : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                                    : 2.30 a.m – 5.00 p.m























CARTA ALIRAN OPERASI DAN PENGELUARAN



Penyediaan tapak

Sistem fertigasi
Rumah Lindungan                                                                                    Sistem Pengairan

Sebelum penanaman


Semasa penanaman


Selepas penanaman (penuaian)


Pengguna / pengilang / pembeli







Pelaksanaan Operasi
Aktiviti Ladang
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1.      Pembersihan Kawasan
/





/





2.      Penyediaan Tapak
/





/





3.      Penyediaan Semaian
/





/





4.      Penanaman
/





/





5.      Pembajaan
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
6.      Kawalan Perosak
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
7.      Kawalan Penyakit
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
8.      Penyelenggaraan Tanaman
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
9.      Penuaian


/
/
/
/


/
/
/
/
10.  Aktiviti Lepas Tuai


/
/
/
/


/
/
/
/
11.  Jualan Dan Pemasaran


/
/
/
/


/
/
/
/

Analisis SWOT
FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
Kekuatan ( Strength )
Kelemahan ( Weakness )
·         Mempunyai kemudahan infrastruktur untuk pengeluaran.
·         Penggunaan setempat bertambah.
·         Mempunyai bantuan dari pihak kerajaan
·         Kurang persaingan dikawasan pengeluaran.
·         Benih perlu dibeli.
·         Kurang pekerja mahir.
·         Kos permulaan yang tinggi.
·         Kurang maklumat pasaran.

Peluang ( Opportunities )
Ancaman ( Threats )
·         Sasaran pasaran yang luas untuk hasil tanaman.
·         Mendapat permintaan yang tinggi.
·         Teknologi lepas tuai dan pemprosesan telah dibangunkan untuk mengurangkan ‘post harvest losses’ meningkatkan kualiti hasil tanaman, menambahkan ‘end-product’ and ‘by-product’ serta memaksimumkan pendapatan.
·         Pesaing yang telah wujud dalam industri pengeluaran tomato.
·          Persaingan daripada hasil import luar negara.





2 comments:

  1. Salam tuan.saya ingin bertanya berkenaan perkembangan penanaman tomato ini. Adakah tempat di Sekinchan itu sudah berkembang atau baru permulaan? saya berminat untuk membuat lawatan di kawasan tersebut.

    -Maryam-

    ReplyDelete
  2. salam. boleh saya tahu standard keluasan fertigasi yg dijalankan ? dan bagaimana dgn hasil.

    ReplyDelete